Selasa, 11 Februari 2014
Browse »
home»
bebola
»
mata
»
pada
»
platinum
»
tanam
»
wanita
»
Wanita Tanam Platinum Pada Bebola Mata


Oleh: ELZA
Wanita Tanam Platinum Pada Bebola Mata

PELBAGAI cara dilakukan oleh individu tertentu untuk mendapat perhatian dan kelihatan unik di mata orang lain.
Lucy Luckayanko adalah salah seorang daripanya apabila mengembil keputusan untuk menanam platinum berbentuk hati yang kecil pada bebola mata kanannya.
Dengan kos lebih RM10,000, dia mungkin menjadi orang pertama di New York yang melaksanakan prosedur tersebut dengan seorang doktor pakar pembedahan mata, Dr. Chynn.
Platinum sekecil 3.5 milimeter itu diletakkan ke bebola mata Lucy dengan menggunakan forsep selepas dia disuntik dengan ‘anesthetic’.
Menurut Chynn, ia sangat selamat dan tiada mendatangkan sebarang risiko seperti buta biarpun tiada sebarang pengesahan dari pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, Lucy dilihat tidak peduli dengan sebarang amaran dari orang yang mengetahui perkara ini, sebaliknya lebih gembira dan merancang untuk menukar bentuk platinum lain suatu hari nanti.
Macam-macam perangailah…

Oleh: ELZA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar