Jumat, 31 Januari 2014

Kesihatan Lelaki Awas 5 Petunjuk Ini!










Dalam masyarakat yang semakin obses dengan kesihatan, adalah mustahil untuk melepaskan diri daripada memperkatakan tentang kisah-kisah pahit dan manis berkaitan kesihatan. Daripada pandemik kepada simptom-simptom penyakit yang menggerunkan, berita-berita mengenai penyakit selalunya diiringi dengan elemen takut dan bimbang.

Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan adalah mencegah dan kemudiannya jika tidak berkesan merawat. Bagi lelaki, kesihatan mungkin bukan topik yang digemari. Namun tidak bermakna soal kesihatan dipandang ringan.

Mungkin ada perkara-perkara kecil yang mesti diberi perhatian oleh kaum lelaki untuk menentukan sama anda boleh dikategorikan sebagai lelaki sihat.

Berikut lima tanda atau petunjuk taraf kesihatan lelaki.

1. Kuku yang kuat dan berwarna merah jambu.

Penjagaan kuku mungkin tidak tersenarai sebagai perkara penting dalam diari kesihatan kaum lelaki. Tetapi percayalah kuku boleh mendedahkan banyak mengenai kesihatan seseorang. Secara umumnya, kuku individu yang sihat berwarna merah jambu, kukuh tetapi lembut. Sedikit perubahan pada kuku seperti tompok putih dan permukaan yang sedikit tidak rata adalah perkara biasa, namun sebarang perubahan besar mesti diberi perhatian.

Kuku yang tebal dan berwarna kekuningan mungkin isyarat bagi penyakit berkaitan pernafasan seperti bronkitis yang kronik. Kesan lekuk melintangi kuku yang dikenali sebagai garisan Beau pula tidak mustahil membawa maksud individu berkenaan mengidap diabetes. Kuku yang berbentuk seperti sudu yang melengkung keluar mungkin menunjukkan masalah kekurangan zat besi. Biar pun perubahan pada kuku bukan isyarat atau petunjuk pertama kepada sesuatu penyakit, tetapi adalah lebih baik rujuk masalah tersebut kepada doktor anda.

2. Warna air kencing

Pernahkah anda terfikir untuk menjalani ujian air kencing untuk melihat sama ada anda sihat atau sebaliknya? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian kerana ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda. Air kencing sepatutnya berwarna keperangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat. Bagaimanapun warna perang atau kuning pada air kencing boleh berbeza bergantung kepada jumlah air yang diminum. Jika anda minum air yang banyak maka kebiasaannya air kencing selalu kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat. Bagaimanapun jika anda mengalami dehidrasi, air kencing anda akan berwarna perang gelap. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau suplemen yang diambil mesti dipandang berat.

3. Pancutan air mani

Lelaki pertengahan umur yang sihat sepatutnya mempunyai keupayaan untuk memancutkan antara 2 dan 5 ml air mani. Semakin berusia seseorang lelaki itu semakin kurang air mani yang dipancutkan. Justeru 2 ml air mani adalah petunjuk hypospermia - keadaan yang boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang lelaki. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyokong kadar 2 ml). Selain daripada jumlah, warna serta konsistensi air mani juga menjadi petunjuk kepada kesihatan lelaki. Lelaki yang sihat sepatutnya mempunyai air mani yang pekat, berwarna putih atau sedikit kelabu. Air mani yang bercampur dengan darah mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan.

4. Kadar degupan jantung semasa berehat 70 bpm.

Kadar degupan jantung semasa berehat (RHR) atau jumlah degupan jantung seminit semasa berehat adalah indikator yang bagus untuk menentukan paras kecergasan anda. Walaupun RHR berbeza mengikut usia, bagi lelaki yang sihat jumlah RHR antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm) adalah sasaran yang munasabah. Malah, RHR antara 60 and 100 bpm secara umumnya dianggap normal bagi lelaki dewasa. Kadar degupan jantung di luar catatan tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan anda. Untuk mengukur denyut nadi, letakkan dua jari pada pergelangan tangan. Apabila merasa denyutan nadi, lihat jam dan kira denyutan selama 15 saat. Darab jumlah tersebut dengan empat untuk mendapat kadar denyutan anda seminit.

5. Kulit anjal

Ukuran keanjalan kulit biasa digunakan untuk menentukan paras dehidrasi. Cirit-birit atau muntah-muntah menyebabkan seseorang kehilangan cecair dalam badan. Kulit yang sihat kekal anjal dan akan kembali normal apabila masalah tersebut pulih. Untuk menguji keanjalan kulit anda, cubit kulit di belakang tangan anda. Kulit yang kering akan kekal terangkat dan secara perlahan kembali kepada kedudukan asal. Kulit yang sihat pula akan kembali normal dalam masa yang singkat.

Adakah anda lelaki yang sihat?

Semakin hari kita dibanjiri dengan pelbagai maklumat mengenai penyakit, tetapi jarang sekali kita disogokkan dengan makna sebenar menjadi sihat. Biar pun lima signal itu tidak lengkap namun memberi perhatian kepada petunjuk-petunjuk pada diri sendiri membantu anda mengenal pasti masalah yang mungkin anda hadapi.


-sumber-
ReadMore..

Kamis, 30 Januari 2014

Kes Tetak 3 Individu Ditahan


IPOH – Polis menahan tiga individu termasuk seorang suspek utama kes bunuh di Taman Chandan Desa dekat Simpang Pulai di sini Sabtu lepas, dalam tempoh 48 jam selepas kejadian itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 30-an, termasuk seorang wanita ditahan di sekitar bandar raya Ipoh.

“Dua individu termasuk seorang wanita yang ditahan itu merupakan suspek secara langsung dan tidak langsung. Siasatan awal mendapati motif kejadian lebih menjurus kepada dendam,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis daerah Ipoh di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya polis tidak menolak kejadian itu berkaitan motif lain seperti penglibatan dalam kumpulan kongsi gelap dan polis kini dalam usaha mengesan suspek lain bagi membantu siasatan kes itu.

Dalam kejadian pada 2.30 petang Sabtu lepas, S. Susindran, 22, maut ditetak di kepala, badan, kaki dan tangan oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang di rumah sewanya di Hala Pulai Timur 7, Taman Chandan Desa dekat Simpang Pulai. – BERNAMA
ReadMore..

Rabu, 01 Januari 2014

18 Blog Kari Ngeri Memang Ngeri Giler!!!

Kari ngeri!Tu dia antara blog kegemaran aku dulu.Dah lama aku tak  follow perkembangan blog ini,nak mula  baliklah... Kari  ngeri kena ban???  Bukan sebenarnya  dah banyak kali dah aku try nak bukak karingeri.com ni tapi tak boleh jugak.Tak tahu apa  masalahnya .Semalam godek-godek kat google jumpa pulak akaun tumblr karingeri.Lepas ni aku bukak ikut ni je la..

 

Okey yang dah tak larat  nak  layan entry aku ni  tak payah dah nak scroll down.Sebab aku memang ada niat nak letak banyak lagi gambar dari kari  ngeri..Cuak?hehe...Dah macam pyhcho pulak aku..



Kari ngeri..mesti dah ramai yang sedia maklum mengenai blog ini..Dengan hanya meletakkan gambar atau video berserta  sedikit  penerangan  ringkas, blog ni memang berjaya membuatkan pembacanya tak senang duduk dengan info-info yang dikongsikan.Bukan cerita  mengenai  hantu , pontianak  atau unsur-unsur tahyul,tapi cukup dengan gambar-gambar ngeri yang dipaparkan karingeri sudah mampu menarik  bilangan pageview yang tinggi..

Cuma aku sedikit musykil mengenai nama blog ini.Kaitan nama antara kari dan ngeri...Pendapat aku mungkin sebab mudah disebut sebab rima akhiruntuk kedua-dua perkataan ini ialah -ri- kan.Atau mungkin ada rahsia di sebaliknya.Siapa tahu?


      
Mungkin ada yang bertanya makhluk luar biasakah aku ini?Takde perasaan kah aku ini bila melihat gambar-gambar ini.Aku pun sebenarnya berulang-ulang kali juga lah tengok gambar ni nak bagi hilang perasaan ngeri ni.Akupun manusia biasa kan.Mungkin juga naluri remaja aku yang membuak-buak mahu melihat sesuatu yang baru..Apepun  aku memohon maaf jika entry kali ini tidak disenangi sesetengah pihak.Mungkin ada yang tak suka gambar-gambar sebegini dipaparkan..aku mohon maaf sekali lagi..
credit gambar:karingeri
ReadMore..

Kes saman fitnah Anwar Khairy digantung

sinarharian 24 Disember 2012
Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang ditetapkan untuk pendengaran Rabu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, digantung.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut sementara menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau memfailkan pembelaan dalam saman berkenaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Clement berkata mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keadaan khusus bagi menggantung perbicaraan itu seperti yang dinyatakan dalam permohonan Khairy.
Beliau berkata jika Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan itu tanpa menunggu keputusan rayuan Khairy, ia akan menjejas integriti rayuan dan menjadi sia-sia jika pemohon berjaya.

Selain itu, katanya, jika perbicaraan tersebut diteruskan dan keputusan dibuat tanpa memberi peluang kepada Khairy untuk membela diri, prasangka yang dialami pemohon tidak boleh dipampas dengan kos.
Bagaimanapun, pada prosiding hari ini, Mahkamah Rayuan memerintahkan Khairy membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Anwar.

Hakim Clement, yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, menetapkan 3 Januari depan sebagai tarikh pengurusan kes untuk rayuan Khairy.
Pada 26 November lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Khairy untuk mengetepikan perintah beliau yang menghalang Ketua Pemuda Umno itu memfailkan pembelaan dalam saman fitnah tersebut.

Hakim Hue membuat keputusan itu selepas mendapati peguam Khairy gagal mematuhi arahan mahkamah ketika pengurusan kes pada 29 Jun lepas, iaitu semua pihak yang berkenaan memfailkan senarai saksi dan ringkasan kes bagi tujuan perbicaraan.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman itu selepas mendakwa Khairy mengeluarkan perkataan berunsur fitnah dan menyebabkan ia disiarkan beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com dalam bentuk klip video yang bertajuk Anwar and kin no threat.
Ketua pembangkang itu berkata klip video yang disiarkan Malaysiakini.com mengandungi perkataan berunsur fitnah yang dituturkan Khairy dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.

Khairy, dalam penyataan yang difailkan pada 8 Oktober 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Anwar. - Bernama
ReadMore..